Selasa, 15 Mac 2011

Cerita lucu tapi benar

Cerita lucu tapi benar:

Kejadian ini berlaku ketika kami balik ke tempat bertugas kerana pulang kampong dihujung minggu.
Kami membawa beberapa ekor ayam; ayam jantan, indung ayam dan anak2nya sekali. Kami berhenti di sebuah pekan untuk minum dan berehat kerana perjalanan jauh. Semasa kami minum ayam2 itu terlepas kerana tutup tempatnya longgar akibat hantakan semasa berjalan. Kami cuba menangkapayam2 tersebut tapi susah kerana ayam itu sebenarnya liar-liar belaka. Kami pun kira biarkan saja ayam2 itu tapi tiba2tiba ada orang yang tidak dikenali datang dan membawa ayam sabungnya sekali untuk menolong.
Kami sangat bersyukur kepada Tuhan yang sentiasa ada bagi orang yang berharap kepadaNya.

Pejabat saya

Pejabat Saya

Saya suka dengan suasana keadaan tempat bertugas yang bertukar-tukar.  Saya bertukar tempat bertugas kerana mengikuti suami, saya sangat suka sebenarnya kerana berpeluang menikmati suasana keadaan tempat bertugas yang baru.  Alangkah terkejutnya pejabat baru saya bertugas itu tidak beratap/bumbung tinggal badannya sahaja disebabkan disedut angin beliong. Kini kami bersesak-sesak di setor. sekarang sedang menunggu untuk diperbaiki semula. Kami rindu dengan bilik berhawa dingin, ada perhubungan enternet dan ada kemudahan-kemudahan yang terkini.

Kejadian yang tidak dapat dilupakan

Menghadiri seminar 'ESC' di salah satu resort di Rawang:

Seramai 17  orang haha... ada yang sudah pernah naik pesawat ada yang belum bermacam-macamlah gaya dan ragam ada yang takut, ada yang gembira ada yang membisu ada pula yang mengaku tahu dan cuba memberi petunjuk kepada yang lain bagitulah ragam manusia.

Peristiwa yang mengelikan adalah waktu pergi ke resort tempat seminar itu, kerana kurang pengalaman rata2 peserta membawa bagasi besar2 sehingga sukar menaiki kenderaan yang kecil dan sukar pula berjalan naik KTM bermacam-macamlah perkara yang berlaku sangat melucukan.

Mengenai dengan seminar 'ESC' itu adalah sangat indah dan memberkati kerana ia lebih kepada pembentukan keperibadian dan kerohanian. Maksud ESC ada 'Excelent Servant Camp".
  

Lawatan singkat ke Brunei

2. Lawatan singkat ke Brunei
         Satu ketika kami ada lawatan singkat ke Bandar Brunei, tempatnya memang indah dan unik. sekali pun negeri itu kecil tapi pembangunannya sangat mantap dan sungguh menarik terutama waktu malam. Dalam lawatan ini kami sempat melawat ke mazium karabat diraja.sangat mengkagumkan.

         Peristiwa yang lucu adalah sekali pun kawasannya kecil tapi  mudah sesat terutama sekali pelawat yang baru pertama kali melawat disitu haha.. seperti kamilah  sehingga kami hampir2 terkandas di kastam sebab tidak dapat keluar pada masa yang ditentukan.

Karena cucu

1. Cucu-cucuku:
            Saya ada empat orang cucu satu perempuan dan tiga orang lelaki, masing-masing berusia tiga hingga satu tahun. Mereka cumil-cumil belaka. Saya rindu dengan gaya dan kenekalan mereka yang bermacam ragam sentiasa membuat saya gembira dan buat saya sukar  melupakan  mereka.
            Sekalipun mereka lahir dari berlainan keluarga (daripada tiga anak lelaki saya) namun mereka seperti lahir dari satu bapa dan emak.